Monday, June 29, 2009

MUKTAMAR WADAH NASIONAL KE 3

28 Jun 2009, Kajang; Wadah Pencerdasan Ummat Pusat, WADAH telah mengadakan Muktamar Nasional kali ke 3 yang dihadiri perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara
Ucapan dasar oleh Presiden, Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang bertajuk 'Menangani politik Perubahan dan Perubahan Politik' - menyentuh persoalan politik nasional dan antarabangsa. Beliau telah mengupas isu perubahan dalam kepolitikan yang berlaku dan hubungkaitnya dengan misi dakwah yang dibawa oleh para Nabi. Selain itu peranan WADAH dalam menghadapi situasi perubahan yang berlaku juga disentuh beliau.

Dalam sesi perbahasan ucapan dasar, rata-rata wakil-wakil negeri menyatakan rasa puas hati dan berpendapat bahawa ucapan dasar presiden kali ini mantap dan padat serta memberi penjelasan yang jitu tentang hala tuju perjuangan. Perwakilan merasa bahwa ucapan dasar Presiden itu perlu dibahaskan di negeri masing-masing supaya ahli-ahli dapat memahaminya dengan jelas.
Bersempena dengan muktamar kali ini satu Seminar Politik Semasa turut diadakan. Tiga tokoh WADAH, Prof. Dr. Ridzuan Othman, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin dan Dr. Mohd Nur Manuty telah diberi penghormatan mengisi slot seminar yang berlangsung separuh hari tersebut.
Sdr YDP, Hj. Mohd Nasir Kamarudin dan Us. Hj. Mohamd Tarmizi dari ABIM Bandaraya turut hadir.