Sunday, November 11, 2007

MAJLIS 'IDUL FITR' KELUARGA BESAR ABIM PERAK


Dato' Idris Jauzi sedang menyampaikan sumbangan
bagi pihak ABIM kepada seorang surirumah.

Hadirin sedang khusyu' mendengar ceramah Dato' Idris Jauzi.


8 Okt. Khamis, Terong, Satu majlis Himpunan Keluarga Besar ABIM Perak telah diadakan di sini bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sahabat-sahabat dari daerah-daerah di negeri Perak.
Bagi mengisi majlis ilmu yang sinonim dengan ABIM, pengajur telah mengundang Yang Berbahagia Dato' Idris Jauzi, Naib Presiden WADAH Pusat.
Beliau telah menyentuh soal perlunya ABIM memberi perhatian dakwahnya kepada sasaran yang berada di dalam wilayah pengaruhnya seperti ibu bapa TASKI dan SERI yang jika disekalikan dengan keluarganya mungkin mencapai 10 ribu orang. ABIM harus melihat ini sebagai potensi dakwah yang mesti digerakkan.
Selain itu beliau juga menekankan betapa perlunya pimpinan dan ahli ABIM di samping melaksanakan tugas dakwah di luar, di waktu yang sama memberi perhatian yang besar kepada anak-anak dan isteri dan orang-orang yang hampir dengan mereka. Adalah satu pengabaian tangggung-jawab sekiranya kita sibuk diluar tetapi anak isteri terabai, katanya lagi.
Golongan muda juga diperingatkan supaya mencontohi pengorbanan senior ABIM yang telah membangunkan gerakan ini dengan segala susah payah di peringkat awal dahulu. Contohnya kesanggupan pengerak ABIM berjauhan dengan anak isteri semata-mata menghadiri program-program ABIM di seluruh negera.

Ketika menjawab soalan, Dato' Idris Jauzi memberi petua tentang kepentingan istiqamah dan setia dalam perjuangan dakwah, membuatkan beliau masih diterima oleh pelbagai pihak termasuk oleh pemerintah. Bagi beliau faktor usia tiada boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan tanggung-jawab dan meninggalkan medan dakwah. walaupun seseorang itu telah dimamah usia mereka hendaklah sentiasa menunjukkan semangat tinggi dan terus melibatkan diri melaksanakan tugasa dakwah, ujarnya dengan nada penuh semangat.

Sempena dengan majlis tersebut ABIM Negeri Perak juga telah menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga miskin. Sebelum berakhir keluarga Besar ABIM Perak yang hadir telah dijamu dengan makan tengahari oleh penganjur.