Wednesday, March 31, 2010

Ihtifal Kebangsaan Sekolah-sekolah ABIM


Warga Abim Bandaraya Ipoh telah diberikan amanah sebagai urusetia makanan sepanjang perjalanan Ihtifal Kebangsaan sekolah-sekolah Abim selama tiga hari bermula dari 15hb - 17hb Mac 2010, bertempat di Seri Al-Ummah, Maahad Al-Ummah dan Dewan Bandaraya Ipoh. Jumlah peserta dan pegawai yang terlibat seramai 1116 orang.


Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli sungguh baik sekali. Semoga pengorbanan ahli-ahli yang tidak mengira masa dan tenaga itu akan diganjari oleh Allah SWT.



YDP

Thursday, October 8, 2009

ARAH KIBLAT

Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam
Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang."Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di Kota Bharu hari ini.Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Jabatan Mufti Kelantan (JMK), Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat."Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang."Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini," katanya. Malaysiakini/-

Friday, October 2, 2009

MAJLIS 'EDUL FITR' 2009



Assalamualaikum wm. wrt.

Kepada semua warga ABIM Bandaraya Ipoh dan Sungai Siput serta ibu bapa Taski Al-Ummah, Taman Chepor Raya,

Dengan Segala hormatnya dijemput menghadiri Majlis 'Edul Fitr' 2009 pada :

Tarikh : 6hb. Oktober 2009

Hari : Selasa

Jam : 8.30 malam - 10.30 malam

Tempat : Taski Al-Ummah, Taman Chepor Raya, Ulu Chepor

Aturcara :

8.30 : Kehadiran dan Solat Isya ( Surau Harussani)

8.45 : Persembahan Taski Al-Ummah

Ucapan Aluan YDP

Tazkirah Raya - Us Mohamd Tarmizi Abd Hamid

10.40 : Bersurai

Thursday, September 17, 2009

SALAM 'EDULFITR'





Buat teman-teman seperjuangan,

Selamat menyempurnakan ibadah puasa dengan penuh iltizam memperkasa rohani, menjana iman dan meraih takwa. Semoga madrasah Ramadhan yang dilalui mampu membangun jiwa perjuangan yang kental dan gigih agar segala onak dan ujian di persada dakwah dapat dilalui dengan penuh kesabaran.
Segunung harapan kita panjatkan kepada Illahi, mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita lakukan diterimanya dan dapat diteruskan sehingga ketemu Ramadhan yang akan datang, insyaAllah...
Ketibaan Syawal tanda kemenangan bagi yang berpuasa, seharusnya tidak mencairkan tembok takwa yang telah dibina. Mari kita raikan hari kemenangan ini dengan rasa penuh kesyukuran dan tawaddu'. Bersederhanalah dari segi persiapan pakaian, makanan dan jauhkan sama sekali amalan dan aktiviti yang boleh merosakkan kesucian hari raya yang dimuliakan Allah itu. Perbaharui dan perteguhkan semula hubungan silaturrahmi sesama anggota keluarga, jamaah dan sasaran dakwah kita. Perbanyakkan ziarah menziarahi, ucapan selamat atau sebarang aktiviti yang boleh menyuburkan ukhuwwah.
Manfaatkan nikmat kemesraan yang dikurniakan Allah di hari yang mulia ini dengan menghulurkan tangan bermaaf-maafan. Semoga kita benar-benar kembali kepada 'fitrah'- bersih daripada dosa. Insaf terhadap tugas-tugas yang belum selesai yang diwajibkan oleh Allah kepada kita sebagai hambaNya, KhalifahNya dan Pemakmur alam.
Sesungguhnya medan kerja yang terbentang di hadapan kita jauh lebih banyak daripada masa yang kita ada. Maanfaatkanlah sebaik mungkin, rancanglah dengan teliti agar tiap-tiap detik yang kita lalui, kita dapat beraksi dengan aksi yang diredhai Allah dan dianugerahinya pahala yang boleh dijadikan bekal untuk kehidupan sesudah mati kita...

Salam perjuangan, maaf zahir dan batin.

Hj. Mohd Nasir Kamarudin
Yang Dipertua Abim Bandaraya Ipoh

Tuesday, June 30, 2009

ASYIRAH TIGA DAERAH

30 , Taman Chepor Impian, Chemor; Asyirah ABIM tiga daerah, Sungai Siput, Bandaraya dan Kinta telah diadakan di Surau Ar-Raudah, di sini. Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Us. Hj. Mohamd Tarmizi Abd Hamid, ahli Majlis Syura ABIM Negeri Perak. Selepas solat Isya' ahli jamaah dijamu dengan makan malam.
Yang Dipertua ABIM Bandaraya Ipoh, Tn. Hj. Mohd Nasir Kamarudin menyampaikan kuliah haraki serta maklumat semasa.
Majlis berakhir jam 11.00 malam.

Monday, June 29, 2009

MUKTAMAR WADAH NASIONAL KE 3

28 Jun 2009, Kajang; Wadah Pencerdasan Ummat Pusat, WADAH telah mengadakan Muktamar Nasional kali ke 3 yang dihadiri perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara
Ucapan dasar oleh Presiden, Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang bertajuk 'Menangani politik Perubahan dan Perubahan Politik' - menyentuh persoalan politik nasional dan antarabangsa. Beliau telah mengupas isu perubahan dalam kepolitikan yang berlaku dan hubungkaitnya dengan misi dakwah yang dibawa oleh para Nabi. Selain itu peranan WADAH dalam menghadapi situasi perubahan yang berlaku juga disentuh beliau.

Dalam sesi perbahasan ucapan dasar, rata-rata wakil-wakil negeri menyatakan rasa puas hati dan berpendapat bahawa ucapan dasar presiden kali ini mantap dan padat serta memberi penjelasan yang jitu tentang hala tuju perjuangan. Perwakilan merasa bahwa ucapan dasar Presiden itu perlu dibahaskan di negeri masing-masing supaya ahli-ahli dapat memahaminya dengan jelas.
Bersempena dengan muktamar kali ini satu Seminar Politik Semasa turut diadakan. Tiga tokoh WADAH, Prof. Dr. Ridzuan Othman, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin dan Dr. Mohd Nur Manuty telah diberi penghormatan mengisi slot seminar yang berlangsung separuh hari tersebut.
Sdr YDP, Hj. Mohd Nasir Kamarudin dan Us. Hj. Mohamd Tarmizi dari ABIM Bandaraya turut hadir.

ASYIRAH ABIM TIGA DAERAH

Asyirah Gabungan antara tiga daerah ( Bandaraya Ipoh, Kinta dan Sungai Siput) akan diadakan pada:


Tarikh : 30 Jun 2009

Hari : Selasa

Masa : 7.20 malam (Solat Maghrib bersama)

Bertempat di Surau Taman Chepor Impian, Chemor


Semua ahli-ahli ABIM Daerah Bandaraya Ipoh, Kinta dan Sungai Siput (U) dijemput hadir.