Sunday, December 28, 2008

REHLAH KELUARGA 2008

24-25 Disember 08, Teluk Senangin - Abim Bandaraya Ipoh telah mengadakan hari Keluarganya di sini. Sambutan ahli dan keluarga amat memberangsangkan.

Hari Keluarga ini telah memberi peluang kepada ahli-ahli bercuti bersama di samping mengeratkan silaturrahmi sesama ahli dan keluarga.

Pengisian program berjalan secara bersahaja dengan taaruf, makan bersama dan riadah. Sesungguhnya program sebegini telah dapat menjalinkan ikatan ukhuwwah yang erat di kalangan warga Abim Bandaraya.

FUTSAL MBD - ABIM MASUK SEPARUH AKHIR

28 Disember 2008, Ahad - Satu Pertandingan Persahabatan Bolasepak Futsal telah dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Ipoh bertempat di Padang Futsal Kompleks Belia Negeri Perak. Angkatan Belia Islam Daerah Bandaraya Ipoh turut menghantar pasukan yang terdiri daripada 8 orang pemain.



Selain Abim pasukan yang turut serta termasuklah Kelab Belia Bell Tamil, MAYC, Pengakap, GPMS, GBB, 4B Tambun dan KPIP.



Pasukan ABIM telah memberikan saingan sengit kepada pasukan lain dengan berjaya mengikat Pasukan Pengakap 1 - 1, mengalahkan 4B 1-0, 5-4 mengatasi GPMS, kalahkan KPIP 2-0 .



ABIM Bandaraya Ipoh berjaya menduduki tempat kedua di peringkat kumpulan. Di peringkat separuh akhir ABIM Bandaraya Ipoh kalah kepada MAYC 1-4. dalam pertandingan penentuan kedudukan tempat ke 3 dan ke 4 ABIM kalah kepada Kelab Belia Bell Tamil 0-1.



Pertandingan Persahabatan Bolasepak Futsal kali ini dimenangi oleh Pasukan Pengakap setelah menang melalui lambungan syiling apabila kedudukan terikat 4-4 setelah sepakan penalti.

Thursday, December 25, 2008



24-25 Desember 2008, Teluk Senangin - ABIM Bandaraya Ipoh dengan kerjasama PEMADAM Negeri Perak telah mengadakan satu Perkhemahan Kepimpinan Rakan PEMADAM, di sini. Seramai 72 orang peserta dari kalangan remaja di daerah Ipoh telah menyertai program tersebut.

Program ini telah dirasmikan pembukaanya oleh Sdr Azizi Muin, Timbalan Yang Dipertua Abim Negeri Perak.