Sunday, November 11, 2007

MAJLIS 'IDUL FITR' KELUARGA BESAR ABIM PERAK


Dato' Idris Jauzi sedang menyampaikan sumbangan
bagi pihak ABIM kepada seorang surirumah.

Hadirin sedang khusyu' mendengar ceramah Dato' Idris Jauzi.


8 Okt. Khamis, Terong, Satu majlis Himpunan Keluarga Besar ABIM Perak telah diadakan di sini bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sahabat-sahabat dari daerah-daerah di negeri Perak.
Bagi mengisi majlis ilmu yang sinonim dengan ABIM, pengajur telah mengundang Yang Berbahagia Dato' Idris Jauzi, Naib Presiden WADAH Pusat.
Beliau telah menyentuh soal perlunya ABIM memberi perhatian dakwahnya kepada sasaran yang berada di dalam wilayah pengaruhnya seperti ibu bapa TASKI dan SERI yang jika disekalikan dengan keluarganya mungkin mencapai 10 ribu orang. ABIM harus melihat ini sebagai potensi dakwah yang mesti digerakkan.
Selain itu beliau juga menekankan betapa perlunya pimpinan dan ahli ABIM di samping melaksanakan tugas dakwah di luar, di waktu yang sama memberi perhatian yang besar kepada anak-anak dan isteri dan orang-orang yang hampir dengan mereka. Adalah satu pengabaian tangggung-jawab sekiranya kita sibuk diluar tetapi anak isteri terabai, katanya lagi.
Golongan muda juga diperingatkan supaya mencontohi pengorbanan senior ABIM yang telah membangunkan gerakan ini dengan segala susah payah di peringkat awal dahulu. Contohnya kesanggupan pengerak ABIM berjauhan dengan anak isteri semata-mata menghadiri program-program ABIM di seluruh negera.

Ketika menjawab soalan, Dato' Idris Jauzi memberi petua tentang kepentingan istiqamah dan setia dalam perjuangan dakwah, membuatkan beliau masih diterima oleh pelbagai pihak termasuk oleh pemerintah. Bagi beliau faktor usia tiada boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan tanggung-jawab dan meninggalkan medan dakwah. walaupun seseorang itu telah dimamah usia mereka hendaklah sentiasa menunjukkan semangat tinggi dan terus melibatkan diri melaksanakan tugasa dakwah, ujarnya dengan nada penuh semangat.

Sempena dengan majlis tersebut ABIM Negeri Perak juga telah menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga miskin. Sebelum berakhir keluarga Besar ABIM Perak yang hadir telah dijamu dengan makan tengahari oleh penganjur.

Wednesday, October 31, 2007

JAMUAN HARI RAYA 'IDUL FITR'


Helwa Sedang Menjamu Selera.



23 Okt. 2007, Chepor. ABIM Bandaraya Ipoh telah mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Idul Fitr' 1428 pada hari ini bermula jam 8.00 malam di Taski Al-Ummah, Taman Chepor Raya, Ulu Chepor, Chemor.
Kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada warga Abim Bandaraya, Abim Negeri Perak, Abim Sg. Siput, Keluarga Taski dan masyarakat Taman Chepor Raya sendiri. Majlis yang mendapat sambutan luar dugaan itu menjadi satu cara ABIM untuk mendekati masyarakat.

YDP ABIM Perak, Sdr Mohd Azhar bin Bahari menegaskan tetang peranan ABIM yang tetap istiqamah melaksanakan tanggung-jawabnya untuk mendidik ummat. Justru itu ABIM menawarkan kepada masyarakat institusi pendidikan tajaannya seperti TASKI, SERI dan SEMI. Menurutnya lagi ABIM bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi meningkatkan kefahaman ummat terhadap Islam.

Saturday, October 20, 2007

CAHAYA MATA

21 Okt. 2007, Tahniah diucapkan kepada Sdr Adham Hj. Amir dan isteri kerana dikurniakan cahaya mata pertama. Semuga kehadiran warga baru dalam rumah tangga kedua pasangan suami isteri ini akan menambahkan seri, keceriaan dan kebahagiaan kepada mereka.

ABIM Bandaraya Ipoh mendoakan kesejahteraan kepada pasangan ini berserta anaknya. Semoga Allah memberkati kehidupan rumahtangga mereka. Amin.

Ziarah Mantan Presiden





Bersama Dr. Mohd Nur Manuty - Presiden ABIM Ke 4


20 Okt. 2007, Sabtu, YDP Abim Bandaraya Ipoh, Tn. Hj. Mohd Nasir Kamarudin bersama dengan Sdr. Azizan Abbas, Sdr Ahmad Akemal dan Sdr Budi telah berkesempatan membuat kunjungan hormat sempena Idul Fitr 1428 ke kediaman mantan Presiden ABIM yang pertama dan keempat, Prof. Dr. Razali Nawawi dan Dr. Mohd Nur Manuty, di Bangi.

Rombongan YDP singgah ke rumah mantan-mantan presiden setelah melawat Sdr. Khalid, ahli ABIM Bandaraya Ipoh yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Ramadhan yang lepas dan dimasukkan di hospital Putrajaya.

Sdr Azizan bergambar bersama Dr. Mohd Nur Manuty



Menurut YDP, semasa pertemuan tersebut mantan-mantan Presiden ABIM telah memberikan pandangan-pandangan yang amat bernas yang boleh dimanfaatkan bagi memperkukuhkan gerakan ABIM. Antaranya ialah perlunya generasi muda bergerak aktif dan proaktif dengan memperbanyakkan program-progam mendidik masyarakat yang rata-ratanya masih ketinggalan dari segi ilmu dan kefahaman tentang Islam. Abim harus tampil di tengah-tengah masyarakat dengan program-program dakwah.




YDP SEDANG KHUSYUK MENDENGAR PANDANGAN PROF. DR. RAZALI NAWAWI


Selain itu usrah dan tamrin di peringkat unit, daerah dan negeri mesti dijalankan secara berencana dan sistematik. Menurut Prof. Dr. Razali, kelemahan usrah dan tamrin akan menyebabkan kekuatan rohani yang sangat penting bagi ahli-ahli gerakan seperti ABIM, turut lemah. Dan ini boleh menjejaskan gerak kerja dan komitmen ahli secara keseluruhannya.
Beliau hairan, bagaimana dalam suasana ahli yang memiliki kelebihan dari segi kenderaan, kewangan dan sebagainya jika dibandingkan dengan masa dahulu tetapi kurang aktif terlibat atau menganjurkan program-program. Keadaan ini mesti segera dibaiki, menurutnya lagi.

Sdr. Ahmad Akemal Hashim bersama Dr. Razali

Prof. Dr. Razali Nawawi juga mengingatkan ahli-ahli ABIM supaya sentiasa menunaikan solat secara berjamaah di masjid secara konsisten. Beliau turut berharap supaya ahli-ahli dapat melaksanakan aktiviti qiamullail secara istiqamah. Dengan cara ini kekuatan rohani akan dapat dibina.

AHLI ABIM BANDARAYA KEMALANGAN

20 Okt. 2007, Saudara Abd Khalid, ahli usrah Abim Bandaraya yang tinggal di Taman Meru Raya telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada hari Jumaat, 12 Okt. bersamaan 30 Ramadhan, di Slim River.
Beliau telah dimasukkan ke hospital Putrajaya selama 6 hari. Beliau terpaksa menjalani pembedahan usus akibat kemalangan tersebut. Saudara Khalid dibenarkan keluar wad pada 19hb. dan buat masa ini berada di rumah anak saudaranya di Blok T8, F4C, Presint 8, Putrajaya.
Abim daerah diwakili oleh YDP, Tn. Hj. Mohd Nasir Kamarudin bersama Sdr. Ahmad Akemal, Sdr. Azizan Abbas dan Sdr Budi telah menziarahi beliau pada 20hb. yang lalu. Menurut YDP keadaan Sdr. Khalid sedang beransur pulih. beliau menyeru ahli-ahli Abim untuk melapangkan masa menziarahi Sdr. Khalid. Tambahan beliau amalan ziarah ini amat digalakkan oleh Islam.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA ‘IDUL FITR’ 1428

TARIKH : 23 OKTOBER 2007
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : TASKI AL-UMMAH, TAMAN CHEPOR RAYA, 31200 CHEMOR

SEMUA AHLI ABIM DAN KELUARGA DIJEMPUT HADIR

SUMBER : YANG DIPERTUA ABIM BANDARAYA IPOH