Saturday, October 20, 2007

Ziarah Mantan Presiden





Bersama Dr. Mohd Nur Manuty - Presiden ABIM Ke 4


20 Okt. 2007, Sabtu, YDP Abim Bandaraya Ipoh, Tn. Hj. Mohd Nasir Kamarudin bersama dengan Sdr. Azizan Abbas, Sdr Ahmad Akemal dan Sdr Budi telah berkesempatan membuat kunjungan hormat sempena Idul Fitr 1428 ke kediaman mantan Presiden ABIM yang pertama dan keempat, Prof. Dr. Razali Nawawi dan Dr. Mohd Nur Manuty, di Bangi.

Rombongan YDP singgah ke rumah mantan-mantan presiden setelah melawat Sdr. Khalid, ahli ABIM Bandaraya Ipoh yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Ramadhan yang lepas dan dimasukkan di hospital Putrajaya.

Sdr Azizan bergambar bersama Dr. Mohd Nur Manuty



Menurut YDP, semasa pertemuan tersebut mantan-mantan Presiden ABIM telah memberikan pandangan-pandangan yang amat bernas yang boleh dimanfaatkan bagi memperkukuhkan gerakan ABIM. Antaranya ialah perlunya generasi muda bergerak aktif dan proaktif dengan memperbanyakkan program-progam mendidik masyarakat yang rata-ratanya masih ketinggalan dari segi ilmu dan kefahaman tentang Islam. Abim harus tampil di tengah-tengah masyarakat dengan program-program dakwah.




YDP SEDANG KHUSYUK MENDENGAR PANDANGAN PROF. DR. RAZALI NAWAWI


Selain itu usrah dan tamrin di peringkat unit, daerah dan negeri mesti dijalankan secara berencana dan sistematik. Menurut Prof. Dr. Razali, kelemahan usrah dan tamrin akan menyebabkan kekuatan rohani yang sangat penting bagi ahli-ahli gerakan seperti ABIM, turut lemah. Dan ini boleh menjejaskan gerak kerja dan komitmen ahli secara keseluruhannya.
Beliau hairan, bagaimana dalam suasana ahli yang memiliki kelebihan dari segi kenderaan, kewangan dan sebagainya jika dibandingkan dengan masa dahulu tetapi kurang aktif terlibat atau menganjurkan program-program. Keadaan ini mesti segera dibaiki, menurutnya lagi.

Sdr. Ahmad Akemal Hashim bersama Dr. Razali

Prof. Dr. Razali Nawawi juga mengingatkan ahli-ahli ABIM supaya sentiasa menunaikan solat secara berjamaah di masjid secara konsisten. Beliau turut berharap supaya ahli-ahli dapat melaksanakan aktiviti qiamullail secara istiqamah. Dengan cara ini kekuatan rohani akan dapat dibina.