30 , Taman Chepor Impian, Chemor; Asyirah ABIM tiga daerah, Sungai Siput, Bandaraya dan Kinta telah diadakan di Surau Ar-Raudah, di sini. Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Us. Hj. Mohamd Tarmizi Abd Hamid, ahli Majlis Syura ABIM Negeri Perak. Selepas solat Isya' ahli jamaah dijamu dengan makan malam.
Yang Dipertua ABIM Bandaraya Ipoh, Tn. Hj. Mohd Nasir Kamarudin menyampaikan kuliah haraki serta maklumat semasa.
Majlis berakhir jam 11.00 malam.
Tuesday, June 30, 2009
ASYIRAH TIGA DAERAH
Posted by
Abim Bandaraya Ipoh
at
7:48 PM
Monday, June 29, 2009
MUKTAMAR WADAH NASIONAL KE 3
28 Jun 2009, Kajang; Wadah Pencerdasan Ummat Pusat, WADAH telah mengadakan Muktamar Nasional kali ke 3 yang dihadiri perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara
Ucapan dasar oleh Presiden, Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang bertajuk 'Menangani politik Perubahan dan Perubahan Politik' - menyentuh persoalan politik nasional dan antarabangsa. Beliau telah mengupas isu perubahan dalam kepolitikan yang berlaku dan hubungkaitnya dengan misi dakwah yang dibawa oleh para Nabi. Selain itu peranan WADAH dalam menghadapi situasi perubahan yang berlaku juga disentuh beliau.
Dalam sesi perbahasan ucapan dasar, rata-rata wakil-wakil negeri menyatakan rasa puas hati dan berpendapat bahawa ucapan dasar presiden kali ini mantap dan padat serta memberi penjelasan yang jitu tentang hala tuju perjuangan. Perwakilan merasa bahwa ucapan dasar Presiden itu perlu dibahaskan di negeri masing-masing supaya ahli-ahli dapat memahaminya dengan jelas.
Bersempena dengan muktamar kali ini satu Seminar Politik Semasa turut diadakan. Tiga tokoh WADAH, Prof. Dr. Ridzuan Othman, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin dan Dr. Mohd Nur Manuty telah diberi penghormatan mengisi slot seminar yang berlangsung separuh hari tersebut.
Sdr YDP, Hj. Mohd Nasir Kamarudin dan Us. Hj. Mohamd Tarmizi dari ABIM Bandaraya turut hadir.
Posted by
Abim Bandaraya Ipoh
at
12:43 AM
ASYIRAH ABIM TIGA DAERAH
Asyirah Gabungan antara tiga daerah ( Bandaraya Ipoh, Kinta dan Sungai Siput) akan diadakan pada:
Tarikh : 30 Jun 2009
Hari : Selasa
Masa : 7.20 malam (Solat Maghrib bersama)
Bertempat di Surau Taman Chepor Impian, Chemor
Semua ahli-ahli ABIM Daerah Bandaraya Ipoh, Kinta dan Sungai Siput (U) dijemput hadir.
Posted by
Abim Bandaraya Ipoh
at
12:31 AM
Labels: YDP ABIM BANDARAYA
Wednesday, June 10, 2009
Pertandingan Persahabatan Badminton 2009

Satu pertandingan badminton persahabatan antara ABIM Bandaraya Ipoh dengan ABIM Daerah Kinta telah berlangsung di Dewan Hup Mui,Chemor pada 11 Mei 2009 pada pukul 9 malam.
Pertandinaga persahabatan tersebut berlangsung penuh ukhuwwah tetapi sengit. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengerat hubungan antara pimpinan dan anggota ABIM dari kedua-dua daerah.
Pertandingan persahabatan
Posted by
Abim Bandaraya Ipoh
at
7:27 PM
Bengkel Kesempurnaan Solat

Berlangsung pada tanggal 8 Mei hingga 10 Mei 2009 yang lalu,dianjurkan oleh ABIM Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kinta.
Program ini bertujuan untuk mendidik golongan belia untuk menghayati dan mempelajari cara-cara melakukan solat dengan sempurna dan betul.Program ini telah menarik minat dengan penyertaan seramai 93 0rang peserta yang berumur dari lingkungan 9 tahun hingga 17 tahun.Program ini telah dijalankan di Surau Muhajirin Meru Permai Bandar Meru Raya Ipoh.
Program ini telah di rasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamruddin Bin Adam Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Ipoh.
Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Surau Muhajirin Meru Permai Bandar Meru Raya Ipoh.
Posted by
Abim Bandaraya Ipoh
at
6:11 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)