Dato' Idris Jauzi sedang menyampaikan sumbangan
bagi pihak ABIM kepada seorang surirumah.
Beliau telah menyentuh soal perlunya ABIM memberi perhatian dakwahnya kepada sasaran yang berada di dalam wilayah pengaruhnya seperti ibu bapa TASKI dan SERI yang jika disekalikan dengan keluarganya mungkin mencapai 10 ribu orang. ABIM harus melihat ini sebagai potensi dakwah yang mesti digerakkan.
Ketika menjawab soalan, Dato' Idris Jauzi memberi petua tentang kepentingan istiqamah dan setia dalam perjuangan dakwah, membuatkan beliau masih diterima oleh pelbagai pihak termasuk oleh pemerintah. Bagi beliau faktor usia tiada boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan tanggung-jawab dan meninggalkan medan dakwah. walaupun seseorang itu telah dimamah usia mereka hendaklah sentiasa menunjukkan semangat tinggi dan terus melibatkan diri melaksanakan tugasa dakwah, ujarnya dengan nada penuh semangat.
Sempena dengan majlis tersebut ABIM Negeri Perak juga telah menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga miskin. Sebelum berakhir keluarga Besar ABIM Perak yang hadir telah dijamu dengan makan tengahari oleh penganjur.